#notaduit oleh Izwan Robotys

"Melindungi"

Itulah fungsi insurans, khususnya dalam formula kewangan kita.

Insurans melindungi keluarga kita daripada beban kewangan jika berlaku perkara yang tidak diingini kepada kita, kepada orang yang membawa masuk wang ke dalam keluarga.

Kita pastinya tidak mahu keluarga kita ditimpa masalah hutang-hutang kita apabila kita sakit, koma atau mati. Jika ditakdirkan kita kemalangan dan tidak mampu membantu keluarga, biarlah paling kurang kita tidak membebankan keluarga.

Itulah fungsi insurans.

Pakej insurans (ya, ada BANYAK jenis perlindungan. This is their game) yang kita langgan seharusnya melindungi perkara-perkara yang penting seperti pendapatan ketika sakit atau ketika dirawat dan juga melindungi keluarga daripada beban hutang dengan cara melangsaikan hutang-hutang tersebut.

Maka, jika pakej langganan tetuan atau pakej yang tetuan ingin langgan ada perkara yang TIDAK bersifat melindungi, pada lebih baik difikirkan semula.

Contohnya, ada pakej yang disertakan sekali dengan simpanan dan juga pelaburan. Maka janganlah tetuan menjadikan itu sebagai fokus insurans. Jika ia datang secara percuma tidak mengapa. Tetapi janganlah berharap ia berguna.

Ini kerana insurans bukan kerjanya menjadi simpanan mahupun pelaburan.

Langgan insurans semata-mata atas kapasiti PERLINDUNGAN yang ditawarkan. BUKAN kapasiti PULANGAN.

Iyalah, wang insurans seharusnya bukan untuk kita, tetapi untuk ahli keluarga dan juga pemiutang. Itu fungsinya.

Jika mahu melindungi, gunakan insurans. Untuk kita umat islam, langganlah Takaful.

Jika mahu melabur, gunakan instrumen pelaburan yang kita mahir: saham, hartanah ataupun bisnes.

Jika mahu menyimpan, gunakan Tabung Haji.

"Choose the right tools for the right job".

ps: Sila komen "Oooo" jika sudah faham kepentingan insurans.

Baca Lagi Banyak Artikel Tentang Nota Duit dan Kewangan Peribadi:

Jika anda adalah orang yang berusaha bangkit dari kegagalan kewangan, atau pemuda pemudi yang baru mengenal dunia kewangan, sambung baca lebih banyak lagi artikel duit di:

All Rights Reserved Robotys.net © 2015