#notaduit oleh Izwan Robotys

Ini adalah hutang yang telah menjerumuskan 95000 orang ke lembah bankrap di tanah air ini.

Ini juga adalah jenis hutang yang paling mudah dibuat.

Ini juga adalah jenis hutang yang paling bank gemar beri.

Kad Kredit.

Sebut sekali lagi: KAD KREDIT.

Orang biasa kata kad kredit ibarat pisau dua mata. Hayun ke depan mencederakan musuh, terhayun ke belakang memotong daging kita.

Namun realitinya, berapa ramaikah daripada kita yang pada umur muda dan berdarah panas mampu memikirkan apa yang pisau itu tetak?

Semasa umur muda belia, apabila disogokkan dengan kad kredit, tanpa asas kewangan dan disiplin diri, memang ia lebih banyak memakan diri daripada memberi manfaat.

Apa yang ada dalam fikiran mereka yang berjiwa muda? Mahu kelihatan hebat pada pandangan rakan-rakan.

Peer Pressure!

Perkara itu dan juga kombinasi kad kredit yang membolehkan mereka berbelanja jauh lebih besar daripada pendapatan menjadi bom jangka yang menjerut masa depan masing-masing.

Tulisan ini berkongsi keburukan besar hutang kad kredit kepada kewangan peribadi.

Betul, kad kredit ada manfaatnya apabila digunakan dengan berdisiplin.

Namun kita perlu tahu apakah disiplin menggunakan kad kredit dahulu, barulah kita boleh menghayun, dalam kes kredit kad: Swipe, dengan senyuman yang berkekalan.

Kerana kita tahu apabila kita berdisiplin semasa swipe kad kredit tersebut, kita terlepas daripada perangkap hutang yang paling dahsyat ini.

Baca Lagi Banyak Artikel Tentang Nota Duit dan Kewangan Peribadi:

Jika anda adalah orang yang berusaha bangkit dari kegagalan kewangan, atau pemuda pemudi yang baru mengenal dunia kewangan, sambung baca lebih banyak lagi artikel duit di:

All Rights Reserved Robotys.net © 2015