#notaduit oleh Izwan Robotys

Faktor utama seseorang pelabur itu gagal (ya, tersontot!) dalam pelaburannya adalah pertama, kerana tidak berdisiplin dalam melabur dan kedua, kerana tidak cukup ilmu dalam bidang pelaburan yang diceburi.

Melabur dalam diri sendiri terlebih dahulu adalah mekanisma penting untuk memastikan pelaburan kita dapat kita kawal risikonya.

Malah, ilmu pelaburan sangat berkait rapat dengan ilmu bisnes. Maka dengan ilmu tersebut kita dapat menilai dengan tepat bisnes atau pelaburan yang boleh kita dapatkan pada harga rendah dan jual semula pada harga tinggi.

Ilmu pelaburan adalah ilmu bisnes. Disiplin pelaburan yang bagus adalah disiplin menjalankan bisnes yang bagus.

Jika kita mahir perkara tersebut, kita boleh mengawal risiko seluruh formula kewangan kita.

Melabur dalam diri sendiri secara efektifnya adalah payung yang melindungi kewangan kita daripada risiko musnah melingkup.

Itulah peri pentingnya melabur dalam diri sendiri terlebih dahulu. Ia ibarat payung pada formula kewangan kita.

Baca Lagi Banyak Artikel Tentang Nota Duit dan Kewangan Peribadi:

Jika anda adalah orang yang berusaha bangkit dari kegagalan kewangan, atau pemuda pemudi yang baru mengenal dunia kewangan, sambung baca lebih banyak lagi artikel duit di:

All Rights Reserved Robotys.net © 2015