#notaduit oleh Izwan Robotys

Fokus utama fasa pertama kewangan peribadi kita adalah untuk membina habit menyimpan yang konsisten. Tidak kira apa berlaku, kita sudah ada sistem yang memastikan kita menyimpan setiap bulan.

Apa langkah seterusnya?

Setelah kita yakin kita boleh terus menyimpan, maka tibalah masanya kita melangkah ke fokus seterusnya, iaitu: Melabur.

Ya, fasa paling seronok pada ramai orang.

Ya, fasa paling ramai orang terbakar tangan. Ada yang hangus seluruh badan pun ya juga.

Fasa kedua ini terbahagi kepada dua peringkat: 1) Peringkat Belajar Melabur dan 2) Peringkat Konsisten Melabur

Berikut adalah penerangan ringkas tentang kedua-dua fasa itu:

1) Peringkat Belajar Melabur

Peringkat ini adalah peringkat kita PASTI terbakar tangan. Maka kita harus meminimakan kerugian pada fasa ini.

Cari sumber ilmu yang bagus. Sumber ilmu yang wajib adalah mentor pelaburan. Saya berani rekomen tuan Pakdi (FB: Suzardi Maulan) sebagai mentor tuan-tuan. Rujuk blog beliau untuk banyak perkara tentang pelaburan dan juga kewangan peribadi.

Ada 2 perkara yang harus kita belajar tentang pelaburan iaitu pertama: disiplin dalam melabur dan kedua: teknik pelaburan.

Semasa belajar, tanamkan juga mindset "risiko sesebuah pelaburan bergantung kepada ilmu dalam dada saya". Kerana itulah kebenarannya. Apabila kita melabur bukan dalam bidang yang kita mahir, maka bersedialah untuk rugi.

Pada fasa ini juga, kita tetap perlu melabur dalam instrumen yang kita mahukan. Cuma kita melabur dalam unit yang kecil. Setiap percubaan kita haruslah tidak lebih daripada 10% daripada jumlah simpanan kita. Maka jika ia gagal, ia tidaklah begitu terkesan pada jumlah simpanan kita.

2) Peringkat Konsisten Melabur

Apabila kita sudah mahir dengan satu-satu bidang pelaburan, contohnya pelaburan saham atau pelaburan hartanah, maka kita seharusnya sudah boleh mengawal risiko pelaburan kita.

Pada peringkat inilah baru kita menggunakan sejumlah besar simpanan untuk aktiviti pelaburan kita.

Pecahannya terpulang kepada keselesaan masing-masing. Ada yang tidak lebih 30%, ada yang 50% dan ada pula 70%. Semuanya bergantung pada misi dan objektif pelaburan masing-masing <-- ini akan tetuan faham pada peringkat pertama di atas.

Katakunci di sini adalah pada peringkat ini, kita sudah boleh MENGAWAL RISIKO PELABURAN dengan pengetahuan dan kemahiran yang telah kita pelajari.

Pelajarilah daripada 2 Undang-undang Utama Warren Buffet, orang terkaya di dunia yang datang daripada hasil pelaburan:

  1. Jangan Rugi
  2. Ingat perkara di atas

Peace!

ps: Sila cari FB Tuan Suzardi Maulan dan add beliau sebagai rakan. Kemudian komen "Sudah!" setelah add --->

Baca Lagi Banyak Artikel Tentang Nota Duit dan Kewangan Peribadi:

Jika anda adalah orang yang berusaha bangkit dari kegagalan kewangan, atau pemuda pemudi yang baru mengenal dunia kewangan, sambung baca lebih banyak lagi artikel duit di:

All Rights Reserved Robotys.net © 2015