#notaduit oleh Izwan Robotys

Ya, semua orang benci hutang.

Tak, bukan masa dapat duit. Masa dapat duit hutang tersebut rasa macam Raja!

Paling benci masa hujung bulan. Bila dapat gaji dan lihat punya banyak RM digunakan untuk bayar hutang.

Rasa benci kerana hutang-hutang tersebut sentiasa menjadi batu penghalang keinginan kita untuk belanja diri sendiri.

Perkara ini hanya difahami oleh mereka-mereka yang telah terlajak membuat hutang.

Bagi mengatasi perkara ini, memang tiada cara lain selain daripada mendisiplinkan diri dan mempersetankan pandangan orang lain.

Kita tidak perlu bergaya sakan dan 'kelihatan' hebat dengan pelbagai simbol-simbol kemewahan yang memaksa kita berhutang keliling pinggang.

Cakap memang senang, nak buatnya aduhai payah!

Namun itulah cabarannya.

Hutang hanya dibolehkan untuk dua perkara sahaja: membeli Rumah, dan membeli Kereta.

Selain daripada itu? Gunakan pelbagai teknik menyimpan dan/atau cari cara lain menambah pendapatan.

ps - Kegilaan paling nyata: beli gadget dengan berhutang kad kredit. OMG!

Baca Lagi Banyak Artikel Tentang Nota Duit dan Kewangan Peribadi:

Jika anda adalah orang yang berusaha bangkit dari kegagalan kewangan, atau pemuda pemudi yang baru mengenal dunia kewangan, sambung baca lebih banyak lagi artikel duit di:

All Rights Reserved Robotys.net © 2015