#notaduit oleh Izwan Robotys

Ada yang bahagia Makan Gaji, ada yang bahagia Berniaga.

Ada yang bersusah Makan Gaji, ada yang bersusah Berniaga.

Ada yang tak cukup makan dengan Makan Gaji, ada juga yang tak cukup makan Berniaga.

Ada yang kaya-raya Makan Gaji, ada yang kaya-raya Berniaga.

Ada yang banyak masa Makan Gaji, ada yang banyak masa Berniaga.

Semua perkara ada majoriti dan juga ada pengecualian.

Majoriti makan gaji hidup sempit, ada juga yang hidup senang.

Majoriti berniaga kais pagi makan pagi, ada juga yang hidup senang.

Maka sebenarnya kisah ini bukanlah tentang Makan Gaji VS Berniaga, tetapi Makan Gaji tapi Kaya VS Makan Gaji tapi Tidak Kaya dan juga Berniaga dan Kaya VS Berniada Tapi Tidak Kaya.

Apa yang membuatkan mereka yang berjaya itu, berjaya?

Lihat sekeliling kita dan cuba tengok orang yang kita tahu telah berjaya. Lihat apa yang dia buat setiap hari yang berbeza dengan kita. Perbezaan paling nyata: yang berjaya BUAT. Yang kurang berjaya? CAKAP!

notaduit

Baca Lagi Banyak Artikel Tentang Nota Duit dan Kewangan Peribadi:

Jika anda adalah orang yang berusaha bangkit dari kegagalan kewangan, atau pemuda pemudi yang baru mengenal dunia kewangan, sambung baca lebih banyak lagi artikel duit di:

All Rights Reserved Robotys.net © 2015