#notaduit oleh Izwan Robotys

Income - Saving - Insurance - Installments - Expense = Surplus

atau dalam bahasa melayunya:

Pendapatan - Simpanan - Insurans - Hutang - Belanja = Lebihan

Nampak satu perkara yang jelas di situ? Ya, yang di'tolak' jauh lebih banyak daripada pendapatan. Ini memang fitrah biasa.

Dalam formula tersebut juga, yang biasanya melambung tinggi adalah Hutang. Taburan peratusan bagi rakyat marhaen biasanya adalah seperti berikut:

100% Pendapatan - 0% Simpanan - 0% Insurans - 70% Hutang - 40% Belanja = -10% Lebihan

Ya, ramai yang 'tambah hutang' setiap bulan. Mana datang -10% setiap bulan ini? Tepuk dompet tanyalah kad kredit!

Akan datang saya kongsi mengapa kita fokus pada 'Surplus'. Itu adalah kunci untuk membuka pintu kaya harta.

ps: Cuba buat pecahan belanjawan bulanan tetuan seperti di atas. Saya buat semalam. Terus rasa insaf. T___T

Baca Lagi Banyak Artikel Tentang Nota Duit dan Kewangan Peribadi:

Jika anda adalah orang yang berusaha bangkit dari kegagalan kewangan, atau pemuda pemudi yang baru mengenal dunia kewangan, sambung baca lebih banyak lagi artikel duit di:

All Rights Reserved Robotys.net © 2015