#notaduit oleh Izwan Robotys

Kita mahu lari daripada jerut perangkap kad kredit.

Kita tidak mahu menjadi salah seorang daripada 95000 orang yang bangkrap kerana kad kredit.

Tetapi saya mahu guna kad kredit!

(nampak tak betapa manusia ini tidak rasional!)

Baik, boleh GUNA kad kredit. Bukan boleh JOLI kad kredit.

itu 2 perkara yang berbeza ya.

Berikut adalah panduan dan disiplin menggunakan kad kredit dengan betul:

1) Tinggalkan kad kredit di rumah apabila hujung minggu

2) Jika mahu beli gajet, kumpul dahulu duit dalam bank

3) Jika TERPAKSA berhutang, cari 0% installment

4) Bayar habis kad kredit setiap bulan.

Sekarang tanya semula pada diri sendiri: Bolehkan aku ikut disiplin di atas?

Ya, macam tidak mungkin. :D

Maka lebih elok kita ambil kad kredit tersebut dan kita gunting sahaja.

TERPAKSA berhutang adalah simptom kepada belum mampu urus belanjawan dengan baik. JANGAN ubati simptom tersebut dengan kad kredit, tetapi ubatilah penyakit urus belanja kita. Itulah perkara yang betul dan terbaik.

Baca Lagi Banyak Artikel Tentang Nota Duit dan Kewangan Peribadi:

Jika anda adalah orang yang berusaha bangkit dari kegagalan kewangan, atau pemuda pemudi yang baru mengenal dunia kewangan, sambung baca lebih banyak lagi artikel duit di:

All Rights Reserved Robotys.net © 2015